Selamat Datang Ke Versi Baru

Alhamdulillah.. Walaupun post ini agak lewat pada 1 April ini tetapi akhirnya siap juga proses edit theme IMMalaysia.Com.. Theme ini jadi 3 column untuk menjadikannya ala-ala portal berita online..

Berkenaan dengan format terkini pula, Insya-ALLAH.. Format terkini ini akan siap menjelang 10 April 2008.. Ini kerana ada beberapa masalah teknikal yang dihadapi.. Insya-ALLAH.. Ia akan selesai juga nanti.. Saya amat positif dalam menghadapi masalah ini..

Antara yang terkandung dalam format terkini ialah:

1) Portal ini akan jadi sebuah portal awam dimana semua orang boleh post disini DENGAN SYARAT berkenaan dengan perniagaan internet sahaja.

2) Portal ini bakal menjadi portal bebas dimana saya tidak lagi menjadi satu-satunya penulis dalam portal ini.

Dan banyak lagi..

Jumpa lagi dalam post akan datang..

-Faisal Isa-

Popularity: 79% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Berita Terkini | Ditutup Seketika

Mungkin ada yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya penulis-penulis di IMMalaysia.Com dan ada juga yang membuat andaian sendiri mengenai ura-ura bahawa portal ini akan ditutup selama-lamanya. Dan tidak kurang daripada itu, ada yang mengatakan bahawa portal ini akan ditutup sebab kekalahan BN di 4 negeri dan tidak dapat menakluki Kelantan. :lol:

Walau apa juga andaian anda, percayalah ia tidak benar sama sekali.. Mungkin pada awalnya saya mengalami sindrom ketiadaan idea untuk menulis disini tetapi ia bukanlah sebab sebenar mengapa sudah hampir dua minggu tanpa sebarang post.. Ini adalah kerana kami sedang upgrade portal ini ke tahap yang lebih baik dimana satu format khas akan diperkenalkan selari dengan tujuan asal penubuhan IMMalaysia.Com.

Portal ini akan dibiarkan sebegini sahaja sehingga 1 April 2008 walaupun proses upgrade sedang dilakukan. Pada awalnya ingin menutup seketika, tetapi daripada tutup seminggu, baik ia dibiarkan supaya pelawat dapat membaca post-post ilmiah yang sebelumnya dalam portal ini. Insya-ALLAH.. Pada 1 April 2008, Portal ini akan mula diupdated kembali..

Jumpa lagi pada 1 April 2008 nanti..

Sekian, terima kasih.

-Faisal Isa-

PS: Bagi yang mencari-cari penyelesaian untuk cukai syarikat perniagaan internet ataupun mengenai LHDN anda boleh merujuk post saya di sini.

Popularity: 77% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Majalah IM Bulan Mac

Majalah IM

 

Akhirnya Majalah IM Bulan Mac Yang DiTerbitkan Oleh Team FlareBiz Telah Sedia Untuk DiDownload Sekarang.

 

Antara Yang Menarik Bulan Ini:

Wawancara Eksklusif Bersama Shuth

Tips Promosi Direktori Oleh Alang

Keseronokan Bekerja Oleh Smartzul

Adab Menuntut Ilmu Online Oleh Osman Affan

Membuat Order Form(Bhg 2) Oleh MdPai

 Strategi Pemasaran Produk Affiliate Oleh Zamri Nanyan

Dan Banyak Lagi!

 

Istimewa Bulan Ini Ialah:

Penampilan Vince Tan Sebagai Penulis Majalah IM

 

Harga Yang Dikenakan Ialah: 

PERCUMA 

 

Boleh DiDownload Secara Terus Di:

www.MajalahIM.com 

 

Download Sekarang Juga 

 

 

Popularity: 100% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Seminar Mac 2008

Pada bulan Mac 2008 ini, ada beberapa seminar mengenai IM akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah:

Malaysia Blog Seminars
Tarikh: 6 Mac 2008
Tempat: eOneNet Center, Damansara Perdana, PJ
Oleh: Team EOneNet (Fione Tan)
Klik DiSini Untuk Info Lebih Lanjut

Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet
Tarikh: Sabtu, 15 Mac 2008
Tempat: Berjaya Times Square & Convention Center, Kuala Lumpur
Oleh: Team SaifulSham
Klik DiSini Untuk Info Lebih Lanjut

Workshop Jutawan Internet
Tarikh: Sabtu 22hb March 2008 (8.45 am - 6.30 pm)
Tempat: J.W. Marriott,Kuala Lumpur
Oleh: Irfan Khairi
Klik DiSini Untuk Info Lebih Lanjut

Seminar Perniagaan SMS
Tarikh: 22 Mac 2008 (8.30am - 5.00 pm)
Tempat: Quality Hotel, K.Lumpur
Oleh: Irwan Dahnil
Klik DiSini Untuk Info Lebih Lanjut

Sekian Dari Bilik Berita IMMalaysia.Com

IMMalaysia.Com

Popularity: 57% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tags:

Usahawan Internet Semakin Diiktiraf!

Satu masa dahulu kerjaya ini bukanlah merupakan kerjaya yang diimpikan oleh setiap individu. Dan kini masa berlalu dengan pantas dan mengubah persepsi kita warga Malaysia untuk menjadi seorang usahawan internet sama ada sepenuh masa ataupun melakukannya secara parttime.

Satu masa dahulu, kerjaya ini diibarat teramat sukar dimulakan kerana kosnya agak mahal. Bayangkanlah untuk membeli domain pun memerlukan USD35.00 setahun(merujuk kepada interview Gobala(TMR)-Kidino). Kini, kos yang diperlukan untuk memulakan bisnes ini sudah berubah. Ia menjadi semakin murah dan semua orang mampu memulakan perniagaan ini.

Bermula saat Dr Irfan Khairi meniti dibibir setiap orang melalui buku beliau yang bertajuk “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”, selepas itu ramai usahawan-usahawan internet muncul tidak mengira kaum, umur ataupun status. Kini, semakin ramai “guru” usahawan internet mula dikenali ramai dengan gaya yang berbeza.

Ya, masyarakat kini semakin mengiktiraf perniagaan internet malahan pihak-pihak media pun semakin berminat mengambil kisah-kisah IM untuk menghiasi dada akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Jika anda masih ingat, kita semua pernah baca kisah-kisah IM seperti Dr Irfan, Alang, LiewCF, Gobala, Edmund Loh di akhbar. Malahan ada juga para usahawan internet juga diinterview di televisyen seperti Shuth(Mohd Suhaimy), Zamri Nanyan dan Irwan Dahnil.

Yang terkini, semalam Isnin 25 Februari 2008, ada seorang lagi usahawan internet wanita yang diinterview dalam akhbar utusan Malaysia. Dan yang lebih penting, beliau merupakan seorang suri rumah. Jadi bukankah usahawan internet ini semakin dikenali? Sila Klik di sini untuk membaca kisah beliau.

Jadi, bukankah kini masyarakat semakin membuka mata mengenai perniagaan internet ini. Dahulu, segan silu kita berkata kepada orang bahawa kita seorang usahawan internet kerana takut mereka salah faham. Kini kita tidak perlu menundukkan muka atau mengelak menyebut kerjaya kita sebagai Usahawan Internet lagi. Kerana kitalah seorang “Usahawan Internet Yang Berjaya”.

Akhir kata, dengan bangganya saya melaungkan slogan..

“Saya Bangga Menjadi Usahawan Internet!”
“Hidup Usahawan Internet!”
“Banteras Skim-Skim Cepat Kaya Di Internet!”
“Marilah Kita Berjaya Menjadi USahawan Internet Yang Sejati!”
“Hidup Usahawan Internet!”
“Undilah Fai!” :lol:

Sahabat IM anda,

IMMalaysia.Com

PS: Laungan yang bersemangat ini dipengaruhi oleh kepanasan kempen pilihanraya.

Popularity: 59% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!