About the Author

Apa Yang Menggembirakan Anda Sebenarnya?

Jika anda seorang lelaki yang single, sudah tentu kehadiran seorang wanita idaman sebagai kekasih menggembirakan hati anda..

Jika anda seorang lelaki bujang, sudah tentunya saat berkahwin dengan wanita idaman anda merupakan perkara yang menggembirakan anda..

Jika anda seorang lelaki yang berkahwin, sudah tentu kehadiran bayi merupakan saat yang menggembirakan hidup anda..

Jika anda seorang ibu atau bapa, sudah tentu berita mengenai kejayaan anak-anak anda merupakan sesuatu berita yang menggembirakan anda..

Akan tetapi apakah perkara yang menggembirakan anda jika anda seorang Usahawan Internet? Adakah kehadiran cek-cek dari luar negara setiap bulan adalah perkara yang sangat menggembirakan anda?

Secara peribadinya, saya rasa kehadiran cek-cek ini sememangnya menggembirakan hati saya setiap bulan, setiap saat dan waktu.. Yalah, Siapa yang tidak mahu wang yang banyak dan siapa yang mahu jatuh miskin.. Hanya orang yang gila sahaja yang tidak mahukan semua ini..

Akan tetapi ada satu perkara yang lebih menggembirakan hati saya berbanding kehadiran cek-cek tersebut.. Ya, bila saya katakan ia lebih menggembirakan, ia bermaksud sesuatu yang sangat menimbulkan kepuasan lebih puas daripada berdating dan makan malam dengan kekasih kesayangan di Pizza Hut..

Ia adalah…

“Ketika dapat berkumpul bersama-sama rakan Usahawan Internet yang lain tanpa mengira tahap, kaum, bangsa dan agama”

Ya, pada Ahad lepas telah berlangsungnya Gathering WangCyber.Com buat kali pertama diadakan di Bukit Jalil Golf Country & Resort.. Gath ini mengumpulkan lebih 80 orang IM di Malaysia tanpa mengira apa jua tahap.. Pendek kata tidak kiralah anda seorang sifu ataupun seorang newbie, semuanya berkumpul dalam satu dewan untuk memeriahkan Majlis Khas ini..

Antara yang hadir selain Shuth (Penganjur), saudara Farid (MC), Awek Photografi (Catzer) dan Awek Cun (pendaftaran), Gath ini juga dihadiri oleh Dr Irfan Khairi yang menyampaikan talk khas pada hari tersebut.. Selain Dr Irfan, IM-IM Malaysia yang bersama-sama turut serta pada hari tersebut ialah Sabri SaifulSham, Alang, Zamri Nanyan, Osman Affan, Gobala Krishnan, Yusry, Irwan Dahnil, Bro Noorizam, Bro Hasrul, Bro Badruzamani, Kak G dan lebih 80 nama yang hadir hari itu.. (maaf, tiada senarai nama pada saya sebenarnya).. :P

Pada hari tersebut juga berlangsungnya satu forum diskusi khas yang di moderatekan oleh saudara Osman Affan dan ahli-ahli panel khas forum tersebut dimulakan dengan Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan Yusry.. Topik yang dibincangkan dalam forum tersebut ialah mengenai “Perniagaan internet.. Antara Realiti dan Fantasi”

Pada hari tersebut, tidak kira dengan siapa anda bercakap atau topik apa yang anda ingin perkatakan, semua orang yang hadir pada hari tersebut memahaminya.. Tidak kiralah anda katakan mengenai Clickbank, Adsense, E-Book, Mike Filsaime dan sebagainya, mereka semua ini faham dan mampu berbicara dengan anda kerana mereka semua mempunyai minat yang sama dan bisnes yang sama iaitu bisnes berlandasankan kepada internet (Bisnes Internet)..

Bukankah ia merupakan sesuatu yang indah jika kita bercakap dalam satu bahasa minat serta bisnes yang sama berbanding bercakap dengan mereka yang tidak memahaminya?

Tahniah dan terima kasih banyak kepada para penganjur dan semua tetamu yang hadir kerana anda telah menggembirakan saya sepanjang event ini berlangsung.. Saya sangat gembira kerana berpeluang menghadiri Gath ini.. Gath ini telah memenuhkan tangki motivasi saya (bukan tangki imaginasi).. Bukan hanya saya yang bersemangat, semua yang hadir juga bersemangat.. Buktinya semasa pulang, saya nampak peserta Gath pulang dengan senyuman.. Inilah kepuasan yang saya cari sebagai seorang IM yang “sepi”..

Semoga Kita jumpa lagi dalam Gath WC tahun depan.. ;)

-Faisal Isa-

PS: Ya, saya akan post mengenai Gath ini dengan lebih detail lagi secara personal di blog saya nanti..

PPS: Maaf ya kerana saya merupakan orang yang terakhir bercerita mengenai Gath ini.. Dan gambar ditembak oleh Catzer :)

————————————————————

NOTA: Oh.. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mana satukah Fai pada hari tersebut.. Saya duduk di booth Buku di belakang dewan.. Tapi Fai bukanlah seorang awek cun bertudung dan berbaju hijau tu yer.. :lol:

Popularity: 69% [?]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RSS Feed for This Post3 Comment(s)

  1. Maizul | Aug 6, 2008 | Reply

    Teringin nak jumpa Fai sebenarnya dah balik baru tau Fai yang jaga bahagian buku kat belakang tu. Tak perasan langsung.

  2. ahib0205 | Aug 6, 2008 | Reply

    terkesima sebentar sbb betul tekaan saya yang dok kat meja belakang tolong jual buku tu ialah my older sifu. :-) Thanks bro. Jumpa jugak kita akhirnya

  3. Faisal Isa | Aug 6, 2008 | Reply

    Cikgu Maizul –> Huhu.. Saya tak sangka Cikgu pun datang hari tu.. Duduk semeja dgn Labanon kan? Tak sempat nak berbual2 dgn Cikgu..

    Ahib –> Wah.. tepat tekaan yer.. Tapi saya bukan awek cun yg baju hijau tu yer.. Huhu.. Time Ahib masuk dewan, saya dah cam Ahib dah.. ;)

    Harap masa akan datang, kita semua dapat jumpa sekali lagi.. :)

5 Trackback(s)

  1. From wangcyber.com » WC Gath Successfully.. | Aug 6, 2008
  2. From Will Malaysia See More Internet Entrepreneur Events Like This? | Make Money Online | Aug 6, 2008
  3. From WC Gathering - Memories of Malaysian IM | Aug 6, 2008
  4. From Corat Coret Usahawan Internet Malaya | Aug 7, 2008
  5. From Kids Science and Art Project » Blog Archive » Gambar saya dan Dr Irfan | Aug 7, 2008

RSS Feed for This PostPost a Comment