Akhirnya Siap Sepenuhnya IMM V2.0
Filed Under: Berita IMMalaysia, Featured
Sahabat-sahabat sekalian,
Lewat sehari untuk postkan berita ini tetapi Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga sepenuhnya portal IMMalaysia Versi 2.0 ini.. Seperti yang dijanjikan terdapat banyak penambahan yang telah saya lakukan untuk mengembalikan portal ini pada landasan yang betul seperti yang saya rancangkan.
Jadi, apakah agaknya perbezaan yang telah saya lakukan untuk IMMalaysia ini?
Perbezaan pertamanya ialah saya bukan lagi penulis tetap untuk portal ini lagi mulai hari ini 16hb April 2008. Penulis-penulis portal ini adalah anda semuanya sendiri dan bukannya saya seorang. Ya, saya akan menulis bila saya mempunyai masa terluang. Portal ini telah saya wakafkan untuk anda semua IM di Malaysia dimana, saya cuma menyediakan portal ini dan membayar semua kos untuk portal ini untuk anda semua gunakannya dengan sebaik mungkin.
Perbezaan keduanya ialah portal ini akan menjadi portal ala-ala social bookmarking dan portal akhbar khas untuk anda semua para IM di Malaysia ini. Ia adalah khas untuk para usahawan internet di Malaysia sahaja. Di mana mulai sekarang, anda boleh submit Berita Terkini, Press Release, Artikel, Review serta berkenaan dengan updated blog anda di portal ini secara percuma untuk anda semua. Ya, tanpa sebarang bayaran pun dikenakan sampai bila-bila.
1) Submit News Anda <<Klik Di sini>>
2) Submit Press Release Anda <<Klik Di Sini>>
3) Submit Artikel Anda <<Klik Di Sini>>
4) Submit Review Anda <<Klik Di Sini>>
5) Submit Post Blog Anda <<Klik Di Sini>>
Akhirnya Portal ini dapat menjadi seperti apa yang saya rancangkan dan impikan dari tahun lepas lagi. Semoga kita semua sebagai IM di Malaysia ini dapat menggunakannya sepenuhnya untuk diri kita sebagai IM. Semoga industri perniagaan internet ini terus maju dan berkembang masa akan datang.
Salam usahawan Kepada Para IM Semua..
-Faisal Isa-
Popularity: 100% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!














Safuan a.k.a Sipenglipurlara | Apr 24, 2008 | Reply
Wah mulia sungguh hati Fai.. Jangan mudah mengalah Fai.. Pasti ada yang menyokong gak
sham | Jul 28, 2008 | Reply
guna Wordpress MU?
Faisal Isa | Jul 28, 2008 | Reply
PS: Thanks safuan.. (Bln 4 pnya komen baru saya perasan)