Ralat | Iktibar Dari Pengalaman IM
Filed Under: Berita IMMalaysia, Featured
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ya, agak lama juga kira-kira hampir seminggu saya tidak updated portal ini selepas post yang pertama versi baharu pada 1 April 2008 yang lalu. Ini kerana banyak masa ditumpukan bagi penyelenggaraan yang sedang dilakukan untuk memastikan format baru portal ini lebih lengkap.
Tidak kurang juga terdapat segelintir pihak-pihak tertentu yang sedang mencuba untuk memastikan portal ini ditutup selama-lamanya. Pelbagai serangan yang diterima dari borang contact us yang mana terlalu banyak yang mendesak supaya portal ini tutup dan hilang dari dunia internet ini dengan alasan portal ini mengganggu periuk nasi mereka. Tidak dilupakan juga dengan cacian dan hinaan.
Persoalannya, betulkah portal ini menutup periuk nasi mereka? Banyak kali saya membaca semula post-post yang lepas tetapi tidak ada satu pun yang saya rasa menutup periuk nasi sesiapa. Mungkinkah sebab portal ini bertujuan untuk mengajar orang ramai mengenal perniagaan internet sebenar menyebabkan ia diserang ataupun ia diserang kerana portal ini tiada sokongan pakar IM?
Semuanya berkemungkinan.. Saya turut mengakuinya kerana pada masa portal ini diwujudkan, sangat kurang pun golongan-golongan “tersebut” menyokong kerana mungkin portal ini dianggap tidak sepopular orang lain (pengasas portal ini tidak dikenali ramai pun).. Tidak ramai yang memandang kepada keuntungan masa depan pun kerana bagi mereka portal ini tidak mempunyai masa depan..
Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang penting untuk dibahaskan kerana kepercayaan dan keyakinan diri sendiri lebih besar daripada kepercayaan orang lain.. Mengapa perlu menyalahkan pihak-pihak yang lain jika saya sendiri alami kegagalan untuk mendapatkan sokongan mereka.. Ini kerana saya sendiri bertanggungjawab atas segala keputusan, matlamat, perancangan, kejayaan dan segalanya 100% termasuk kesilapan dan kegagalan saya sendiri.. Pendek kata semuanya kerana diri sendiri dan datangnya dari diri sendiri bukannya orang lain
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Tapi hakikatnya cuma satu, tujuan portal ini diwujudkan bukanlah bermotifkan keuntungan saya sendiri semata-mata(tidak meletakkan link affiliate pun dalam post kecuali di sidebar).. Cukuplah sekadar dapat membantu sesama sendiri bak kata lain “Bantu diri bantu orang lain” dan bukannya bantu diri dengan menindas dan menghancurkan orang lain.. Yang paling penting ialah kepuasan membantu orang lain yang memerlukan.. Dengan kepercayaan inilah, saya amat percaya dengan penubuhan portal ini akan membawa kebaikan untuk semua..
Dan untuk format baharu IMMalaysia, saya rasa ia akan banyak berubah dan mungkin akan mengubah sesuatu “value” portal ini tetapi ia akan terus memperjuangkan agenda portal IMMalaysia ini menjadi lebih ke hadapan.. Insya-ALLAH..
————————————————–
Terdapat dua berita mengenai kejayaan usahawan internet malaysia dalam akhbar kosmo minggu lepas iaitu:
Semoga kisah-kisah mereka dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk terus berjuang sebagai usahawan internet.
Jumpa lagi dalam kupasan akan datang
-Faisal Isa-
PS: Cuma keyakinan dan kepercayaan diri yang dapat mengubah nasib dan masa depan diri sendiri. Pilihlah mana satu warna pilihan anda untuk masa depan anda sama ada putih atau hitam.. Fikirkanlah..
Popularity: 100% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!














Dik Mal | Apr 14, 2008 | Reply
Teruskan saja penulisan mu Fai..abaikan..yeah !
Faisal Isa | Apr 15, 2008 | Reply
Norhafidz | May 2, 2008 | Reply
Teruskan kedepan Fai, jgn sesekali toleh kebelakang