Usahawan Internet Semakin Diiktiraf!
Filed Under: Berita IMMalaysia, Featured
Satu masa dahulu kerjaya ini bukanlah merupakan kerjaya yang diimpikan oleh setiap individu. Dan kini masa berlalu dengan pantas dan mengubah persepsi kita warga Malaysia untuk menjadi seorang usahawan internet sama ada sepenuh masa ataupun melakukannya secara parttime.
Satu masa dahulu, kerjaya ini diibarat teramat sukar dimulakan kerana kosnya agak mahal. Bayangkanlah untuk membeli domain pun memerlukan USD35.00 setahun(merujuk kepada interview Gobala(TMR)-Kidino). Kini, kos yang diperlukan untuk memulakan bisnes ini sudah berubah. Ia menjadi semakin murah dan semua orang mampu memulakan perniagaan ini.
Bermula saat Dr Irfan Khairi meniti dibibir setiap orang melalui buku beliau yang bertajuk “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”, selepas itu ramai usahawan-usahawan internet muncul tidak mengira kaum, umur ataupun status. Kini, semakin ramai “guru” usahawan internet mula dikenali ramai dengan gaya yang berbeza.
Ya, masyarakat kini semakin mengiktiraf perniagaan internet malahan pihak-pihak media pun semakin berminat mengambil kisah-kisah IM untuk menghiasi dada akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Jika anda masih ingat, kita semua pernah baca kisah-kisah IM seperti Dr Irfan, Alang, LiewCF, Gobala, Edmund Loh di akhbar. Malahan ada juga para usahawan internet juga diinterview di televisyen seperti Shuth(Mohd Suhaimy), Zamri Nanyan dan Irwan Dahnil.
Yang terkini, semalam Isnin 25 Februari 2008, ada seorang lagi usahawan internet wanita yang diinterview dalam akhbar utusan Malaysia. Dan yang lebih penting, beliau merupakan seorang suri rumah. Jadi bukankah usahawan internet ini semakin dikenali? Sila Klik di sini untuk membaca kisah beliau.
Jadi, bukankah kini masyarakat semakin membuka mata mengenai perniagaan internet ini. Dahulu, segan silu kita berkata kepada orang bahawa kita seorang usahawan internet kerana takut mereka salah faham. Kini kita tidak perlu menundukkan muka atau mengelak menyebut kerjaya kita sebagai Usahawan Internet lagi. Kerana kitalah seorang “Usahawan Internet Yang Berjaya”.
Akhir kata, dengan bangganya saya melaungkan slogan..
“Saya Bangga Menjadi Usahawan Internet!”
“Hidup Usahawan Internet!”
“Banteras Skim-Skim Cepat Kaya Di Internet!”
“Marilah Kita Berjaya Menjadi USahawan Internet Yang Sejati!”
“Hidup Usahawan Internet!”
“Undilah Fai!”
Sahabat IM anda,

PS: Laungan yang bersemangat ini dipengaruhi oleh kepanasan kempen pilihanraya.
Popularity: 58% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!













