Peluang Baik Untuk Designer Di Malaysia!
Filed Under: Berita IMMalaysia, Featured, Gosip IM
Seperti yang telah sedia maklum, saudara Kidino (salah seorang IM Malaysia yang berjaya) telah melancarkan MiniSite Gallery pada bulan lepas. Sebelum ini, beliau sememangnya dikenali dengan kejayaan beliau melancarkan DIYMinisite.com.
Menurut beliau, MiniSiteGallery.com diwujudkan untuk mengumpulkan seberapa banyak web designer khususnya yang design mini site. Target MiniSiteGallery.com juga ingin menjadikannya sebagai tempat inspirasi design.
————————————————-
Adakah anda seorang grafik designer atau web designer ataupun anda tahu men”design”? Jika Ya, Berita ini untuk Anda!
MiniSiteGallery.com telah membuat satu pertandingan khas design minisite. Anda dialu-alukan untuk menghantarkan penyertaan anda untuk bersaing dengan para designer seluruh dunia.
Pemenang akan menerima USD500(Bukan RM). USD500 jika ditukar ke RM, ia menjadi RM 1,610.42(mengikut kadar pertukaran semalam USD1=RM3.22085).
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2008 dan penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
Jadi apa yang anda tunggu? Segera hantar penyertaan anda sekarang juga sebelum tarikh tutup. Ada lagi 7 hari sebelum tarikh tutup tersebut.
Jangan lepaskan peluang seumur hidup ini!
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut
Sekian Dari Bilik Berita IMMalaysia

Popularity: 52% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!













