About the Author

Pengumuman Terkini | Soalan Pembaca

————————————————
Pengumuman Terkini

Kami mempunyai 2 berita baik untuk anda semua.

1. IMMalaysia telah membuka press release untuk produk anda. Dan ia percuma sehingga 1 Mac 2008. Press release produk anda hendaklah tidak ada kaitan dengan Skim Cepat Kaya atau segala yang salah disisi Islam dan undang-undang Malaysia. Untuk submit PR anda, sila emailkan kpd kami di fai[@]immalaysia.com. Kami berhak mengedit atau menolak PR anda jika menyalahi terma dan syarat kami.

2. IMMalaysia mengalu-alukan jika anda mempunyai soalan mengenai IM, anda boleh terus tanyakan kepada kami disini. Kami dengan lapang hati cuba menjawab soalan anda di portal ini.

Sekian, terima kasih.


————————————————-

Baiklah kali ini, pertama kalinya IMMalaysia.Com akan menjawab email pembaca secara terus di portal ini. Kepada anda yang lain, jika inginkan kami menjawab secara terus, sila hantarkan soalan anda kepada kami disini.

Soalan Pembaca:

Sdara,

I Nk tnya 1 menda pd anda ni. I agak blur ni. Soalan dia mcm ni, slah ke jika i membuat adsnse sambil menjual ebook sbb ada la sifoo ni ckp kalau nak buat, kena pilih salah satu. I tak tau la nak pilih.

Aini,
Selayang

Jawapan Kami:

Saudari,

Tidak salah jika anda menjual barang sambil menyertai program pengiklanan seperti adsense. Tetapi tanyalah pada diri anda semula, adakah anda mampu membahagikan masa untuk membuat dua-duanya sekali. Pokok pangkalnya semua bermula dari diri anda.

Jika betul caranya, sememangnya anda bakal mendapat kedua-dua pendapatan sekaligus (jual ebook dan adsense). Jika tidak betul cara pembahagian masa, sememangnya anda sendiri akan rasa tertekan dan akhirnya dua-dua tidak menjadi. Ini kerana dua-dua perlu diberikan komitmen yang berbeza.

Jual ebook bukanlah menjual sahaja. Kita perlu tahu cara nak mempromosikan, khidmat support dan lain-lain. Ini semua merupakan komitmen menjual ebook. Dan jika anda membuat adsense, lain pula komitmennya.

Sebab itulah, ramai IM yang bijak menggunakan peluang ini dengan mengatur strategi masa. Jika anda bijak mengatur masa dan kehidupan anda, Insya-ALLAH, semuanya akan berjaya.

Harap jawapan ini dapat membantu. Semoga berjaya dalam pengembaraan dunia IM.

Jika anda ada sebarang soalan atau kekeliruan, sila hantarkan segala pertanyaan anda kepada kami di sini.

Sekian dahulu dari Bilik Berita IMMalaysia.

IMMalaysia.Com

Popularity: 33% [?]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sorry, comments for this entry are closed at this time.