Pelancaran Rasmi IMMalaysia.Com
Filed Under: Berita IMMalaysia, Featured
Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, akhirnya IMMalaysia.Com telah berjaya dilancarkan setelah 6 bulan dalam kajian.
Seperti yang sedia maklum bidang Internet Marketing semakin hari semakin berkembang di Malaysia. Semakin hari, semakin ramai yang berkecimpung dalam dunia IM ini tidak kira pelajar atau pekerja sepenuh masa. Boleh dikatakan range umur usahawan internet ialah antara “17 Tahun - 48 Tahun.” Malahan ada juga yang lebih muda dari itu menggambarkan betapa pesatnya industri ini.
Akan tetapi, tidak semua yang terjun ke dunia perniagaan internet ini benar-benar tahu mengenai apakah Perniagaan Internet yang sebenar. Malah, ada diantaranya yang terjerat dengan Skim Cepat Kaya(SCK) Online yang dianjurkan. Jika ditanya apakah yang mereka faham mengenai perniagaan internet, ada diantara mereka yang mengatakan SCK inilah perniagaan internet yang sebenar.
Ada juga diantaranya menarik diri dengan lebih awal dan memberikan alasan bahawa perniagaan internet ini terlalu sukar untuk mereka. Malahan ada diantara mereka yang menarik diri dengan alasan tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak faham apa-apa maklumat dalam bahasa Inggeris.
Percayalah bahawa dalam 5 orang yang terjun ke dunia IM ini, 3 daripadanya mempunyai masalah seperti di atas iaitu terjerat dengan SCK dan tidak faham maklumat bahasa Inggeris. Tetapi kini dengan pelancaran laman web Portal IMMalaysia.Com ini, anggaplah semua masalah ini selesai dan hentikan beralasan lagi.
IMMalaysia.Com merupakan satu portal berita semasa mengenai Dunia Internet Marketing. Berita-berita semasa ini merangkumi berita-berita Dunia IM dalam dan luar negara dan akan disampaikan dalam Bahasa Melayu. Insya-ALLAH, IMMalaysia.com akan sentiasa diupdated dari masa ke masa agar berita yang disampaikan “fresh” seperti akhbar online harian.
IMMalaysia.Com juga diwujudkan bagi memudahkan para-para Usahawan Internet mengetahui berita terkini dalam dunia IM dalam dan luar negara dalam bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. Diharapkan kemunculan IMMalaysia.Com ini mampu membantu semua para usahawan internet mengembangkan sayap perniagaan dengan teknik-teknik terkini.
Misi & Visi IMMalaysia.Com ialah untuk menyampaikan berita dan info-info mengenai perniagaan Internet yang sebenar dan mendidik rakyat Malaysia agar Celik Ilmu IM dan secara tak langsung menjauhi program-program Skim Cepat Kaya yang semakin berleluasa di Internet ini. Disamping itu, matlamat IMMalaysia.Com juga ialah memastikan para Usahawan Internet tidak ketinggalan dalam teknologi terkini dunia IM.
Tiada lagi alasan dan tiada lagi kesesatan dalam mencari erti perniagaan internet sebenar. Semoga Portal IMMalaysia.Com ini dapat melahirkan para-para Usahawan Internet Malaysia yang berilmu dan dapat digunakan demi kepentingan bersama.
Sekian Dari Bilik Berita IMMalaysia.Com

NOTA: Updated Terkini AKan Bermula 24 Jam Dari Sekarang.
Popularity: 39% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!














megat | Feb 11, 2008 | Reply
Tahniah atas pelancaran portal IM ini. Semoga dapat bersama-sama menimba ilmu dalam dunia internet yang merupakan dunia tanpa sempadan.
Semoga protal mendapat tempat di hati pembaca dan meneruskan perkongsian ilmu yang jitu.
titan | Feb 11, 2008 | Reply
Ehm..tahniah sebab berjaya membuat site ini. Harap portal ini akan membantu IM2 Malaysia.
Dik Mal | Feb 11, 2008 | Reply
tahniah atas pelancaran IMMalaysia. Baru2 ni ade mal ke IMMalaysia, rupenye2 hari ni pelancarannya…
Dik Mal sokong penuh projek ini.. Saya personally paling suka yang bahagian, info dalam BM tu. amat membantu ramai orang.. tahniah kerana menghasilkan sesuatu yang membantu orang lain!
Faisal Isa | Feb 11, 2008 | Reply
Semoga kita semua IM di Malaysia mendapat manfaat dari site ini.. Insya-ALLAH
mat.g | Feb 12, 2008 | Reply
tahniah buat anda,dan semoga market IM malaysia berkembang maju seiring dgn koridor2 yg dibangunkan..
Faisal Isa | Feb 12, 2008 | Reply
Terima kasih banyak.. Semoga kita semua terus sukses..