Featured Post

Review Produk IM

Produk 1 : InfoMillion (Zamri Nanyan)

Minggu lepas saya menerima satu sampul pos ekspress daripada Zamri Nanyan setelah lama menantikannya. Dalamnya terdapat CD berkenaan dengan produk InfoMillion yang telah diwar-warkan oleh beliau pada awal bulan Mei yang lalu.

Dalam CD ini mengandungi 12 audio MP3 yang mampu membantu anda memulakan perniagaan anda dari awal sehingga berjaya. MP3 ini telah disusun langkah demi langkah untuk memudahkan pendengar. 12 Audio MP3 tersebut merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:

CD 1: Secrets to Getting Rich part 1
CD 2: Secrets to Getting Rich part 2
CD 3: How To Start Your Own Million Dollar Business Part 1
CD 4: How To Start Your Own Million Dollar Business Part 2
CD 5: How To Get Million Dollar Ideas Part 1
CD 6: How To Get Million Dollar Ideas Part 2
CD 7: How to Make 10,000 a month or more from your Kitchen table Part 1
CD 8: How to make 10,000 a month or more from your Kitchen table Part 2
CD 9: No Cost Marketing Part 1
CD 10: No Cost Marketing Part 2
CD 11: Get Rich with your Niche Part 1
CD 12: Get Rich with your Niche Part 2

Saya telah mengambil masa beberapa hari untuk mendengar 12 MP3 ini dan pada pandangan saya ia sangat bagus untuk saya. Audio ini merupakan audio yang anda harus ada sekiranya anda ingin membina perniagaan yang sangat berjaya. Saya sangat mengesyorkan produk ini untuk anda.

Anda boleh mendapatkannya di sini

——————————————————————

Produk 2 : Adsense GreyHat (Syed Ikhwan)

Semalam saya telah mengunjungi WangCyber dan terbaca mengenai jualan report khas cara adsense greyhat yang ditulis oleh saudara Syed Ikhwan. Tanpa melengahkan masa saya pun membayar RM30 untuk mendapatkannya. Tak sampai 10 minit Syed telah hantar report ini. ;)

Report Adsense GreyHat ini semestinya dalam Bahasa Melayu dan telah terbukti berkesan. Ya, Syed sendiri telah menggunakan teknik ini untuk membawa traffic ke laman web beliau. Secara tidak langsung, ia juga menambahkan click terhadap iklan adsense anda. Yer, jika anda tak percaya, anda boleh klik di sini untuk membaca mengenainya beserta bukti dari Syed Ikhwan sendiri.

Report ini sangat simple tetapi senang difahami. Anda juga akan ditunjukkan secara langkah demi langkah dari A-Z. Ya, bagi saya anda pasti terkejut kerana teknik ini juga mampu drive traffic. Ini kerana saya juga terkejut setelah membacanya.. Pada pandangan, jika anda ingin mencari traffic ke laman web anda, anda boleh menggunakan teknik ini walaupun ia digelar greyhat.. :P

Saya dengar Syed akan tutup jualan pada jam 12.00 malam 25 Jun 2008 ini.. Jadi anda boleh mendapatkannya sama ada di Wangcyber di sini ATAUPUN di JomBincang di sini..

Dapatkannya segera sebelum terlambat dan menyesal kemudian hari! ;)

Popularity: 22% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

About this Site

Most Discussed Posts

Akhirnya Siap Sepenuhnya IMM V2.0

Sahabat-sahabat sekalian,

Lewat sehari untuk postkan berita ini tetapi Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga sepenuhnya portal IMMalaysia Versi 2.0 ini.. Seperti yang dijanjikan terdapat banyak penambahan yang telah saya lakukan untuk mengembalikan portal ini pada landasan yang betul seperti yang saya rancangkan.

Jadi, apakah agaknya perbezaan yang telah saya lakukan untuk IMMalaysia ini?

Perbezaan pertamanya ialah saya bukan lagi penulis tetap untuk portal ini lagi mulai hari ini 16hb April 2008. Penulis-penulis portal ini adalah anda semuanya sendiri dan bukannya saya seorang. Ya, saya akan menulis bila saya mempunyai masa terluang. Portal ini telah saya wakafkan untuk anda semua IM di Malaysia dimana, saya cuma menyediakan portal ini dan membayar semua kos untuk portal ini untuk anda semua gunakannya dengan sebaik mungkin.

Perbezaan keduanya ialah portal ini akan menjadi portal ala-ala social bookmarking dan portal akhbar khas untuk anda semua para IM di Malaysia ini. Ia adalah khas untuk para usahawan internet di Malaysia sahaja. Di mana mulai sekarang, anda boleh submit Berita Terkini, Press Release, Artikel, Review serta berkenaan dengan updated blog anda di portal ini secara percuma untuk anda semua. Ya, tanpa sebarang bayaran pun dikenakan sampai bila-bila. :)

1) Submit News Anda <<Klik Di sini>>
2) Submit Press Release Anda <<Klik Di Sini>>
3) Submit Artikel Anda <<Klik Di Sini>>
4) Submit Review Anda <<Klik Di Sini>>
5) Submit Post Blog Anda <<Klik Di Sini>>

Akhirnya Portal ini dapat menjadi seperti apa yang saya rancangkan dan impikan dari tahun lepas lagi. Semoga kita semua sebagai IM di Malaysia ini dapat menggunakannya sepenuhnya untuk diri kita sebagai IM. Semoga industri perniagaan internet ini terus maju dan berkembang masa akan datang.

Salam usahawan Kepada Para IM Semua..

-Faisal Isa-

Popularity: 68% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Ralat | Iktibar Dari Pengalaman IM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ya, agak lama juga kira-kira hampir seminggu saya tidak updated portal ini selepas post yang pertama versi baharu pada 1 April 2008 yang lalu. Ini kerana banyak masa ditumpukan bagi penyelenggaraan yang sedang dilakukan untuk memastikan format baru portal ini lebih lengkap.

Tidak kurang juga terdapat segelintir pihak-pihak tertentu yang sedang mencuba untuk memastikan portal ini ditutup selama-lamanya. Pelbagai serangan yang diterima dari borang contact us yang mana terlalu banyak yang mendesak supaya portal ini tutup dan hilang dari dunia internet ini dengan alasan portal ini mengganggu periuk nasi mereka. Tidak dilupakan juga dengan cacian dan hinaan.

Persoalannya, betulkah portal ini menutup periuk nasi mereka? Banyak kali saya membaca semula post-post yang lepas tetapi tidak ada satu pun yang saya rasa menutup periuk nasi sesiapa. Mungkinkah sebab portal ini bertujuan untuk mengajar orang ramai mengenal perniagaan internet sebenar menyebabkan ia diserang ataupun ia diserang kerana portal ini tiada sokongan pakar IM?
Continued

Popularity: 73% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Selamat Datang Ke Versi Baru

Alhamdulillah.. Walaupun post ini agak lewat pada 1 April ini tetapi akhirnya siap juga proses edit theme IMMalaysia.Com.. Theme ini jadi 3 column untuk menjadikannya ala-ala portal berita online..

Berkenaan dengan format terkini pula, Insya-ALLAH.. Format terkini ini akan siap menjelang 10 April 2008.. Ini kerana ada beberapa masalah teknikal yang dihadapi.. Insya-ALLAH.. Ia akan selesai juga nanti.. Saya amat positif dalam menghadapi masalah ini..

Antara yang terkandung dalam format terkini ialah:

1) Portal ini akan jadi sebuah portal awam dimana semua orang boleh post disini DENGAN SYARAT berkenaan dengan perniagaan internet sahaja.

2) Portal ini bakal menjadi portal bebas dimana saya tidak lagi menjadi satu-satunya penulis dalam portal ini.

Dan banyak lagi..

Jumpa lagi dalam post akan datang..

-Faisal Isa-

Popularity: 71% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Berita Terkini | Ditutup Seketika

Mungkin ada yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya penulis-penulis di IMMalaysia.Com dan ada juga yang membuat andaian sendiri mengenai ura-ura bahawa portal ini akan ditutup selama-lamanya. Dan tidak kurang daripada itu, ada yang mengatakan bahawa portal ini akan ditutup sebab kekalahan BN di 4 negeri dan tidak dapat menakluki Kelantan. :lol:

Walau apa juga andaian anda, percayalah ia tidak benar sama sekali.. Mungkin pada awalnya saya mengalami sindrom ketiadaan idea untuk menulis disini tetapi ia bukanlah sebab sebenar mengapa sudah hampir dua minggu tanpa sebarang post.. Ini adalah kerana kami sedang upgrade portal ini ke tahap yang lebih baik dimana satu format khas akan diperkenalkan selari dengan tujuan asal penubuhan IMMalaysia.Com.

Portal ini akan dibiarkan sebegini sahaja sehingga 1 April 2008 walaupun proses upgrade sedang dilakukan. Pada awalnya ingin menutup seketika, tetapi daripada tutup seminggu, baik ia dibiarkan supaya pelawat dapat membaca post-post ilmiah yang sebelumnya dalam portal ini. Insya-ALLAH.. Pada 1 April 2008, Portal ini akan mula diupdated kembali..

Jumpa lagi pada 1 April 2008 nanti..

Sekian, terima kasih.

-Faisal Isa-

PS: Bagi yang mencari-cari penyelesaian untuk cukai syarikat perniagaan internet ataupun mengenai LHDN anda boleh merujuk post saya di sini.

Popularity: 78% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!